Skip to main content

Kasihnya Allah kepada kita manusia..

Bismillahirrahmanirrahim... 

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini kita nak membincangkan tentangggg... betapa Allah SAYANG dan KASIH nya kepada kita umat manusia. Bila difikirkan kembali, kita ni kecil sangat..  sangat2 kecil dan kerdil.. umpama saiz yang lebih kecil daripada atom. Cuba tengok bintang di langit, kecilkan? hampir2 sinarnya kita tak dapat lihat oleh kerana kecilnya saiz bintang tu.. Tapi, siapa yang sebenarnya yang kecil? kita ataupun bintang tu? Saiz bintang tu tersangat2 lah besar, dek kerana jarak antara bumi dan bintang2 itu teramat234567### la jauh, jadi ia nampak kecil sangat. Nak tau tak macam mana saiz bumi dan planet2 lain dalam alam semesta.. Okay, check this out -------->

 
Nampak tak? ada nampak bumi (Earth) tak.? Macam titik dakwat pen je kan? Pluto apatah lagi, langsung tak nampak. Kita??? kat mana kita tu? Betapa besarnya matahari, padahal dari bumi macam besar sepuluh sen je dan mungkin lagi kecil dari tu. Itu hakikat saiz matahari, manakala bintang2 pula, lagi teramat besar jika dibandingkan dengan  matahari. Kalau nak tengok, boleh la ke link gambar tu. Gambar diatas, merupakan isi utama dalam sistem suria yang terletak dalam galaksi Bima Sakti (Milky-way), yang mana semua planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri termasuk lah planet kita, bumi. Cuba bayangkan terdapat ratusan, ribuan, ratus-ribuan, malah lebih dari itu letupan big-bang berlaku dan terhasilnya galaksi-galaksi yang lain. SubhanAllah.. Sungguh besar ciptaan-Mu, Sesungguhnya Engkau lagi Maha Besar dan Maha Berkuasa. Hayatilah Ayat Kursi, Surah Al-Baqarah ayat 255: 


Sungguh Allah Maha Mengetahui, daripada sebesar2 makhluk sehinggalah sekecil2 ciptaan-Nya, semua itu berada dalam pengetahuan-Nya. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya sombong, mahupun berbangga diri dengan apa yang kita ada. Jangan berasa diri terlalu berkuasa dan menindas sebahagian yang lain kerana ada Kuasa yang Maha Luarbiasa sedang memerhatikan kita. 

Mengapa saya berkata Allah sangat SAYANG pada manusia? Sebab Rahmat Allah itu luas, lagi luas-seluasnya. Cuba lihat daripada penciptaan alam itu sendiri, Allah menjadikan langit dengan adanya lapisan perlindungaan (protection layer) daripada sinar UV yang merbahaya.  Sekiranya tiada lapisan ini, pastinya penduduk bumi huru-hara. Pemanasan global yang luar biasa akan berlaku. Selain itu, kesemua planet2 serta serpihan2 batuan yang belegar2 di luar angkasa begerak mengikut aturannya. Cuba bayangkan ada sahaja benda yang jatuh dari langit, dari tempat yang tinggi pulak tu, berdentum2 bumi ni. Main bola di padang tak boleh, pergi ke sekolah pun payah, nak kemana-mana pun susah, hidup penuh kerisauan bagi menyelamatkan diri. Sedangkan orang yang tertimpa buah kelapa boleh meninggal dunia, apatah lagi benda yang jatuh nun tinggi dilangit sana terkena pada kita.  Na'uzubillah..

Begitu juga dengan penciptaan hujan. saya sangat kagum dengan penciptaan hujan ini. Walaupun seseorang mengaggap kejadian hujan itu biasa, tetapi ia sangat unik bagi saya. Penuhnya nilai kasih-sayang daripada Allah menerusi hujan itu sendiri. Apa perasaan anda apabila hujan? suasana sejuk, mendamaikan, malah melihat hujan yang turun sangat menenangkan, Aha, belum lagi part mandi dalam hujan. Seronok sangat feeling tu. Ada satu ketika, teringin nak sentuh awan, namun bila difikirkan kembali, saat hujan turun itu, setiap titisan air hujan yang jatuh itu, adalah sebahagian daripada awan.. Indahkan?? Hujan juga diturunkan seperti "shower" seperti di bilik air, yang mana konsep shower tersebut diambil daripada idea hujan itu sendiri. At least we can see the porous hole on the shower head. Tapi bagaimana kumpulan awan yang besar dan berat yang dipenuhi wap air itu bertahan sehingga ke satu tahap ia "bocor" dan hujan pun turun. Ya, memang la dari segi saintifik nya hujan terhasil daripada wap2 air yang tersejat, dan saat ia terkondensasi, maka jatuh la ia ke bumi sebagai hujan. Tetapi, apabila hujan turun, kita boleh nampak begitu teraturnya hujan itu turun. Allah tak turunkan hujan dengan cara awan tu gedebak jatuh ke bumi, dan Allah tidak menjadikan hujan itu mengalir deras seperti air terjun, jika begitu, musnah punah lah segala benda yang tertimpa. Namun hakikatnya Allah menjadikan hujan itu seperti sesuatu yang refreshing, tiap2 titis hujan itu membawa seribu satu erti yang boleh menyuburkan tanam-tanaman, yang menghidupkan tanah yang gersang, yang dapat membiarkan burung layang2 riang beterbangan dalam hujan, dan boleh jadi membuatkan seseorang tenang menghadapi segala tekanan. Nampak tak?? Sayangnya Allah kat kita kan :) Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj (Surah ke-22) ayat 63-66:

"Apakah kamu tidak melihat, bahawasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah adalah al-Latif (Maha Halus), lagi al-Khabir (Maha Mengerti). (63)



"Kepunyaan-Nya (Allah) segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah, adalah Dia al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Hamid (Maha Terpuji).  (64)



"Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah memudahkan bagi kamu apa yang ada di bumi, dan kapal yang berlayar di lautan dengan perintah-Nya (Allah), dan Dia (Allah) menahan langit (daripada) jatuh ke bumi, melainkan dengan izin-Nya (Allah)? Sesungguhnya Allah terhadap manusia adalah al-Rauf (Maha Pengasih), lagi al-Rahim (Maha Mengasihani). (65)



"Dan Dia (Allah) yang telah menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi) Sesungguhnya manusia itu sangat kufur. (66)

Sentiasa lah kita bersyukur atas nikmat dan kasih sayang yang Allah berikan pada kita. Mungkin sekarang kita rasa kita kurang bernasib baik, rezeki yang dipinta tidak kunjung tiba, boleh jadi kita kurang bersyukur atas nikmat yang sedia ada. Sekiranya kita bersyukur, pastinya Allah akan menambah lagi nikmat-Nya pada kita :)

***


Pernah suatu ketika, apabila melihat burung di langit, saya teringin rasa nak terbang tinggi, tapi hakikatnya memang mustahil. Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Sewaktu naik kereta kabel di langkawi, pastinya kita akan melalui ditempat kawasan bukit yang tinggi, dan apa yang berlaku, rasa macam terbang pula. Alhamdulillah saya bersyukur dengan pengalaman itu, walaupun dengan hanya menaiki kereta kabel. Dari sini kita tahu, walau sekecil-kecil perkara yang kita rasa mustahil untuk melakukannya, ia tidak mustahil bagi Allah. Banyak lagi contoh yang menunjukkan betapa Allah sayang pada kita. Sekiranya kita keseorangan, jangan bersedih, Malaikat Raqib dan Atid selalu menemani untuk mencatat amalan kita.

Begitu juga dengan ibadah solat dan puasa, terlalu banyak hikmah nya unjuran beribadah kepada Allah terhadap manusia. Manusia, apabila dilanda masalah, pastinya akan mengeluh, mempersoalkan itu dan ini, Ingatlah setiap kesusahan, ada kesenangan.. Ayat ini deisebut sehingga 2 kali dalam Surah Al-Insyirah. Dan ingatlah setiap masalah yang dihadapi pasti ada jalan keluar :)


Comments

  1. Betfair Casino Hotel Map & Floor Plans - Mapyro
    Find 양산 출장안마 the best 안산 출장안마 deal for the Betfair 통영 출장안마 Casino Hotel in Wazala (Wazala). 동두천 출장마사지 a 3rd floor casino hotel tower and a 1,600 세종특별자치 출장마사지 room luxury resort.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku dan denggi

Tahun lepas, 2015 2x kena denggi.. betul2 awal tahun dan hujung tahun.. tahun drakula sebab asyik kena sedut darah jer..first time kena dekat area kampung baru KL, menyebabkan diriku kelihatan kurus dan xbermaya (mgkin first time jadi body immunity habis habisan menyerang virus tersebut). Yg 2nd time dekat setia alam menyebabkan diriku menjadi zombi mencari makanan dan virus tu menggemukkan diri ini lepas dah baik huuu..  serious tau virus ni sonok beno menyerang... lepas kejadian tu bila bau fogging je aku akan jadi pening lalat... oh no adakah diriku menjadi sbhagian dari nyamuk.. tak2 gurau je B-) Simptom2 denggi yg common: -Demam mengejut (tiba2 n suhu tinggi beno) -Demam xkebah lebih 4 hari -Sakit kepala teramat -Hilang selera makan -Sakit perut -Muntah-muntah -Cirit birit -Bintik-bintik merah kat badan -Badan lemah xbermaya, hilang fokus Langkah2 penjagaan pesakit: -Banyak kan minum air mineral -Minum jus buah (tembikai, kiwi etc.), -air ke...

Mari tenang kan jiwa dengan membaca Al-Quran :)

Tatkala masalah melanda, fikiran bercelaru, hati terguris, kita tiada tempat untuk mengadu, mengadu pun kadangkala mungkin membantu sedikit, tetapi, kelegaan yang kita harapkan tidak kunjung tiba... Akhirnya, kita dapat peyelesaian hanya mengadu kepada Allah. Kebetulan sejak akhir-akhir ini, diri ini diduga, selepas  satu, satu masalah tiba. Rasa nya tak perlulah perjelaskan masalah itu di sini. Dan pada hari ini, seakan Allah menyuntikkan kasih sayang-Nya dengan terjemahan surah Al-Baqarah ayat 152-153: "Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu (Aku limpahkan rahmat dan ampunan kepadamu)" - 152-  "Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." -153- Menitis air mata setelah membaca ayat2 seterus nya, memang rasa terkena pada diri sendiri. SubhanAllah, hanya Allah yang dapat  menenangkan jiwa hamba-Nya. Hayatilah ayat 155-157 daripada Surah Al-...