Skip to main content

Mari tenang kan jiwa dengan membaca Al-Quran :)






Tatkala masalah melanda, fikiran bercelaru, hati terguris, kita tiada tempat untuk mengadu, mengadu pun kadangkala mungkin membantu sedikit, tetapi, kelegaan yang kita harapkan tidak kunjung tiba... Akhirnya, kita dapat peyelesaian hanya mengadu kepada Allah. Kebetulan sejak akhir-akhir ini, diri ini diduga, selepas  satu, satu masalah tiba. Rasa nya tak perlulah perjelaskan masalah itu di sini. Dan pada hari ini, seakan Allah menyuntikkan kasih sayang-Nya dengan terjemahan surah Al-Baqarah ayat 152-153:

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu (Aku limpahkan rahmat dan ampunan kepadamu)" - 152- 

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar." -153-

Menitis air mata setelah membaca ayat2 seterus nya, memang rasa terkena pada diri sendiri. SubhanAllah, hanya Allah yang dapat  menenangkan jiwa hamba-Nya. Hayatilah ayat 155-157 daripada Surah Al-Baqarah juga:

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" -155-

"(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata 'Innaalillahi wa innaa ilaihiraji'un' (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)" -156-

"Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" -157-

Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk itu, Amin.. Rasa diri ini terlalu kerdil, lemah.. jika diuji sedikit, kita sering kali mengeluh, mempersoalkan kenapa begitu begini, menyalahkan orang lain dan sebagainya, tanpa kita tahu, masalah/ujian yang kita hadapi tidak sebesar ujian yang melanda saudara2 kita di Palestin, di Syria jika mahu dibandingkan dengan mereka.. Mereka bertahan dan bersabar, kerana mereka tahu, Allah selalu bersama mereka, dan sudah pasti, mereka mendapat ganjaran besar daripada Allah di akhirat nanti. Semoga kita dapat mencontohi kesabaran yang mereka ada :)

p/s: Maafkan diri ini andai ada tersalah kata, tersilap bicara.. Semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah s.w.t.


* * *






Comments

Popular posts from this blog

Aku dan denggi

Tahun lepas, 2015 2x kena denggi.. betul2 awal tahun dan hujung tahun.. tahun drakula sebab asyik kena sedut darah jer..first time kena dekat area kampung baru KL, menyebabkan diriku kelihatan kurus dan xbermaya (mgkin first time jadi body immunity habis habisan menyerang virus tersebut). Yg 2nd time dekat setia alam menyebabkan diriku menjadi zombi mencari makanan dan virus tu menggemukkan diri ini lepas dah baik huuu..  serious tau virus ni sonok beno menyerang... lepas kejadian tu bila bau fogging je aku akan jadi pening lalat... oh no adakah diriku menjadi sbhagian dari nyamuk.. tak2 gurau je B-) Simptom2 denggi yg common: -Demam mengejut (tiba2 n suhu tinggi beno) -Demam xkebah lebih 4 hari -Sakit kepala teramat -Hilang selera makan -Sakit perut -Muntah-muntah -Cirit birit -Bintik-bintik merah kat badan -Badan lemah xbermaya, hilang fokus Langkah2 penjagaan pesakit: -Banyak kan minum air mineral -Minum jus buah (tembikai, kiwi etc.), -air ke...

Sweet 26

 Bismillahirrahmanirrahim... Sejam lagi nak cukupkan aku 26 tahun.. terima kasih mak sebab lahirkan anak yang comel ni upss.. Semalam 3 rejab, genap arwah bapak meniggal dunia.. Dah setahun rupanya.. Rindu dekat bapak.. semoga diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya dan menjadi salah satu taman syurga buatnya. Semoga aku jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan untuknya.. Sememangnya Allah dah atur cantik segala apa yang terjadi.. Ternyata setiap ujian yang datang ada hikmahnya.. terkadang kita selalu menyalahkan sesuatu perkara, menuding jari ke arah orang lain, cepat melatah tatkala ujian tiba.. Aku la tu tak terkecuali.. Tapi bila kita pandang sudut positifnya, memang banyak hikmah tersembunyi yang menginsafkan. Ada masa yang aku xbapa sihat, aku rasa marah sangat dekat seseorang yang tak faham keadaan orang lain ni.. why people keep on bothering you when you feel sick.. emm, maybe some people need explanation to make them understand. Mereka tak faham apa yang kita r...

rapuhnya sang hati

Assalamualaikum pembuka bicara, Ceria senyum seindah suria, Teguhlah sang hati saat terluka, Pasti temui hikmah yg tak disangka-sangka :-) "It's good to be a nice person, it's good to make everyone else happy... but it's just that you must know your limit so that you won't hurt yourself..... and you won't hurt them in silence without realizing it" -usagi Ehh?? Entry kali ni pasal kekeliruan yg melanda muda mudi zaman sekarang ni.. yela kan sekarang ni budak2 sekolah sibuk la nak mencantikkan diri, ade jerewat tumbuh setoet dah malu tak nak pegi sekolah... malu ngan boypren katenye.. nak termuntah hakak dengo... aishhh out of topic pulak~ Nak cerita la kan bahawasanya hati perempuan ni lembut sangat, nampak la dia keras macam kayu, kuat macam incredible hulk sekali pun, bila nama pun perempuan of course hati nya selembut sutera... macam ibu anda.. jadi, para makhluk lelaki sekalian sila la ambil perhatian, jangan sesekali menyentuh hati seorang ...