Bismillahirrahmanirrahim.....
Tinggal beberapa hari sahaja kita akan melangkah ke tahun baru 2014.... Terasa masa pantas berlalu. Pejam celik pejam celik, tetiba dah nak masuk 24 tahun.. As we grow older, we had so much problems that we faced, so many people that we met with different characters. And so, people around u will become lesser, I mean, people who close to you, who can only be counted with finger. Perkara yang kita hadapi, semua nya telah tertulis di atas sana, kita jumpa dengan orang yang berlainan karakter dengan keunikan yang mereka tersendiri, begitu juga dengan masalah, cabaran dan segala perkara yang tak terduga terjadi kepada kita...
Cuba fikir kembali, semua itu adalah sebagai persediaan untuk kita hadapi untuk meneruskan kehidupan yang seterus nya.. Yang mana sebelum ni, kita rasa ramai sahabat handai berada di sisi, kekasih yang selalu menemani... sehingga satu saat, mereka meninggal kan kita... Kita mula merasa kehilangan... Sedih, kecewa, rasa diri kekosongan... Sebab apa semua itu terjadi? Sebab kita mengharap kasih sayang manusia lebih dari kita mengharapkan kasih sayang daripada Allah... Kita mungkin tak sedar, Allah lah yang ketemukan kita dengan manusia2 tersebut... pertemuan dan perpisahan itu telah diaturkan oleh Allah. Oleh sebab itu sebaik baik nya kita bersangka baik lah kepada Allah, sekiranya perpisahan terjadi, berdoalah supaya kita dapat pengganti yang lebih baik di suatu masa nanti.. sekiranya insan itu tidak seperti yang kita mahukan, bersangka baik lah kepada Allah, semua itu adalah ujian dan sudah pasti ada hikmah untuk kita juga.. Semua itu, mematangkan diri kita sebenarnya.. Semakin usia kian bertambah, sudah pasti manusia akan berubah.. Berubah yang macam mana? Sebenarnya kita yang pilih arah perubahan itu.. Sama ada kita pilih kebaikan atau pun ke arah keburukan.
Sebagai contoh, seseorang yang telah bekerjaya, mendapat hasil pendapatan sendiri... Sudah pasti menginginkan perkara, benda material yang disukainya sebelum ini, kereta, beg mahal, alat2 kosmetik terutamanya bagi perempuan, motor besar kawasaki dan seumpamanya bagi lelaki.. Itulah salah satu fitrah manusia yang suka akan benda2 yang cantik dan indah.. Tidak salah sekiranya kita menghendaki perkara2 sebegitu tapi kita semua kena beringat, kesenangan yang kita dapat itu, sudah pasti asalnya daripada Allah. Memang kita dapat hasil daripada usaha kita, tetapi, itu pun dengan izin Allah. Jangan sampai kesenangan yang kita miliki menjadikan kita riak mahu pun sombong, sebaliknya, ingatlah kepada mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim, fakir miskin, masih lagi ada di mana2... Lagi2 sekarang ini, saudara2 se Islam kita di Palestin, di Syria, di Fillipina dan sebagainya, memerlukan bantuan daripada kita. Apa yang kita derma/sedekah kan kepada yang memerlukan itu sebenarnya yang menjadi hak kita. Sekiranya kita lupa, lalai dengan harta yang ada, sehingga sayang untuk bersedekah, sebenarnya kita telah menzalimi diri kita sendiri tanpa kita sedari. Berdoalah kepada Allah, semoga rezeki yang kita dapati mendapat keberkatan daripada-Nya. (Jangan lupa untuk menyedekahkan doa untuk kesejahteraan ibu bapa, guru2 dan rakan2 kita dan juga saudara2 kita yang memerlukan).
Sama juga seseorang yang bercita2 menjadi pemimpin, pimpin lah orang2 yang bersamamu dengan amanah dan kejujuran. Jangan semata mata ingin mengejar populariti, mahupun ingin disanjung dan dipuji oleh orang ramai. Remember, Allah is watching you. All your good deeds must come from the intention (niat) just because of Allah. Apa-apa yang kita lakukan, ingatlah Allah setiap waktu, kerana akhirnya, kita semua akan kembali kepada-Nya.Saat kita berasa gembira dengan kehadiran orang2 yang kita sayangi di sekeliling kita, bersedialah dan sedarlah satu hari nanti kita tetap keseorangan... Ya sudah pasti di alam akhirat nanti, cuma amal yg kita bawa, maka dengan itu, pohonlah kasih sayang daripada Allah.. Mengaji dan hayati lah Al-Quran, semoga kita tak keseorangan di sana kelak. Nasihat untuk semua, terutamanya kepada yang menaip coretan2 ini sendiri. Firman Allah di dalam Al-Qur'an dalam surah Ali Imran ayat 14 dan 15:
Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak
(haiwan-haiwan yang termasuk jenis unta, sapi, kambing, dan biri-biri) dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik. (3:14)
Katakanlah, "Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hamba-Nya. (3:15)
* * *
Comments
Post a Comment