Skip to main content

Langit Yang Tak Pernah Berubah

Pernah x kita terfikir bila kah ajal kita akan datang menjemput? Adakah kita terfikir, ajal itu hanya menghampiri warga tua atau orang yang mengalami sakit kritikal sahaja? Pasti kita akan berfikir, mati itu akan datang pada bila2 masa sahaja, boleh jadi bila kita tgh bekerja, boleh jadi bila kita dalam kelas kuliah, boleh jadi ia datang saat kita duduk sekarang ini. Yes, every living thing which live in this world will die. It has been cited in Quran,

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari Khiamat."

( Surah Ali Imran ayat 185 ).

Persoalannya, bersediakah kita menghadapinya? Sudah cukupkah amal yang kita lakukan? sudah kah cukup kita menyumbang bakti kepada agama, keluarga dan masyarakat? Cukupkah pahala yang dikumpul untuk kehidupan di akhirat nanti? Akhir sekali, cukupkah iman di dada?.. Kita manusia, perlu muhasabah diri.. Jangan biarkan diri hanyut dengan kelalaian dgn melayan nafsu semata tanpa memberi makanan kepada rohani. Itu lah, ada kata2 berbunyi, dalam seminggu kita kena dengar tazkirah atau ceramah, kalau tidak hati akan menjadi gelap. Kasihan hati dan roh kita, kelaparan menanti pengisian, sedangkan nafsu kekenyangan. Kenyang macam mana?? lalai.. makan tidur diutamakan, masa terisi dengan melayani video, facebook, twitter dan sebagainya, sedang tanggungjawab yang lain diabaikan. 

Sebenarnya, jasad dan roh kita menjadi amanah terbesar Allah kepada kita untuk menjaganya. Jasad kita juga anugerah Allah kepada kita. Sama ada kita berwajah cantik atau tidak, itu semua bergantung atas diri kita. Semua orang adalah cantik dan handsome sekiranya dia tahu nilai dirinya sendiri, dia akan makan makanan yang Halal lagi baik untuk kesihatan diri, menjaga diri daripada perkara yang tidak baik untuk diri dan orang di sekitarnya (contohnya dengan tidak merokok) dan berakhlak mulia dengan orang disekelilingnya. Orang yang seringkali senyum, lebih cantik daripada orang yang sering mencuka muka. Betulkan?. Jasad dan hati kita adalah pinjaman, satu saat ia akan dikembalikan kepada Penciptanya iaitu Allah. Oleh itu, kita kena jaga dengan baik. Sebagai contoh, aurat2 kita tidak mahu dicemari oleh pandangan2 yang nakal dengan nafsu orang yang tidak halal bagi mereka. Sebab itu lah aurat perlu dijaga dan anjuran menutupnya dengan baik perlu diikuti. Diibaratkan seperti kita juga, jika kita meminjam kan sesuatu barang yang cantik dan elok kepada seseorang, tiba2 dia memulangkan barang tersebut dengan keadaan yang rosak dan buruk? Apakah perasaan kita pada waktu itu? Sama seperti hati, tak kan kita mahu memulangkan hati yang kotor setelah kita meminjam sesuatu yang bersih dan suci daripada Allah? Ya, kita tidak boleh menjadi sempurna, dan tidak akan lari daripada melakukan dosa, tetapi, cuba lah kita berusaha ke arah kebaikan, kerana fitrah seorang manusia itu sentiasa tertarik kepada kebaikan :)

Saya pernah sesekali terfikir, sebelum kita dilahirkan, iaitu sewaktu kita di dalam perut ibu, kita sebenarnya ada membuat perjanjian dengan Allah sebelum roh ditiupkan, Wallahualam.. apakah janji2 kita kepada Allah sebelum itu? Adakah kita berjanji untuk kekal mentaati-Nya atau melanggari perintah-Nya? Hanya Allah sahaja yang tahu tentang perkara itu. Dan kita disini tidak seharusnya berdiam diri, sebaliknya, teruskan berdoa semoga ditetapkan iman kita di hati ini.


***

Tiba2 teringat zaman kanak2 dahulu, bermain masak2 dengan anak jiran, naik basikal, bermain rounders, pagi keluar, petang baru balik. Begitulah zaman kanak2 dahulu seronok sangat, tiada masalah untuk difikirkan.. Hidup penuh dengan rasa gembira. Dahulu tidak pernah terfikir bagaimana kehidupan apabila dewasa nanti. 
Dahulu, rumah kecil sahaja.. Tapi seronok. Rumah kayu dulu dikelilingi pokok2. Tanah yang luas untuk bermain. Dulu dihadapan kiri rumah ada pokok belimbing dan mempelam, yang sebelah kanan ada pokok jambu air dan pokok mempelam jugak. di tepi sebelah kanan ada pokok mata kucing (xpernah nak berbuah) dan pokok limau bali, sebelah kiri rumah ade pokok langsat dan rambutan. Belakang sebelah kanan pokok cempedak dan sebelah belakang kiri pokok nangka. Berderet2 pokok nya.. Hehe.. Agak pelik juga macam mana tapak rumah yang agak kecil, boleh muat semua pokok2 hasil tanaman mak dan bapak. Sejuk je rumah tu rasanya. Tetapi, semakin keluarga berkembang, Alhamdulillah rumah telah dibesarkan. Kalau nak diikutkan dengan jumlah family yang ramai apabila berkumpul, boleh jadi runtuh rumah yang dulu tu. Tapi begitulah kebiasaannya, apabila berlaku sesuatu perubahan, pasti ada sesuatu yang harus dikorbankan. Pokok2 di depan dan belakang ditebang dan sekarang xmerasa dah buah-buahan yang ada dulu. Rindu pula rasa.. 

Sebenarnya bukan pasal pokok yang nak di highlight kan di sini, cuma nya ia simbolik bumi dan diri kita sekarang. Apabila kita imbas kembali waktu kecil dulu, abang2 dan kakak2 kita muda remaja lagi... Tapi sekarang masing2 sudah dewasa dan berumah tangga.. Ayah kita dahulu masih kuat dan bertenaga mencari rezeki dan ibu pula rajin menguruskan keluarga dan rumah tangga, kini terserlah kedutan di wajah mereka. Di kampung dulu banyak pokok, aman damai, tapi sekarang semua berubah, banyak bangunan yang didirikan. Semakin masa berlalu, usia kita semkin bertambah, kita boleh lihat orang2 di sekeliling berubah, kawasan sekitar juga berubah.. Semakin kita ke arah kedewasaan, semakin berat tanggungjawab yang dipikul, terasa semakin besar amanah yang perlu ditanggung.

Sewaktu kita menyedari perubahan demi perubahan itu di sekeliling kita, kita akan menyedari satu perkara, cuba kita pandang ke langit, kita akan nampak perkara yang sama seperti kita kecil dahulu.. Apabila siang, kita dapat tengok langit biru yang sama, awan putih yang sama, boleh jadi burung dari spesis yang sama terbang di langit. Tidak ada apa yang berubah pon. Waktu malam pula pastinya gelap tetapi, sekiranya cuaca elok, kita pasti dapat tengok suasana yang sama seperti dahulu, langit penuh dengan hamparan bintang dan sinaran bulan. Tidak ada apa yang berubah pon. Kan? Dari situ kita dah nampak, bahawasanya kehidupan manusia di  dunia sebentar sahaja, kejap sahaja mengalami perubahan diri, tetapi masa bagi makhluk di langit yang ghaib teramat lah panjang dan hanya Allah sahaja yang tahu sehingga tiba masanya. Oleh itu, hayatilah keindahan ciptaan Allah dengan mengucapkan SubhanAllah. Allah, Tuhan yang mengawal siang dan malam tanpa henti. Semoga kita beroleh ketenangan yang dimahukan.

Mungkin ada yang tidak dapat tangkap apa yang tercoret di sini, tetapi apa yang ingin disampaikan, sekiranya kita berasa kehidupan kita sukar di dunia, pandang lah ke langit, tadah lah tangan dan pinta lah ampunan dan hajat kepada Rabb yang Maha Kekal. Tiada masalah tercipta tanpa penyelesaian nya. Begitu juga dengan tingkah laku kita, taat lah kepada perintah Allah, beramallah dengan amal maaruf nahi mungkar. Berbuat baik dan bersangka baik lah kepada Allah dan manusia. Kerana kita sentiasa diperhatikan. Remember that Allah is always watching every single thing that we do. Nasihat kepada sesiapa yang membaca terutamanya diri sendiri :)

Comments

Popular posts from this blog

Aku dan denggi

Tahun lepas, 2015 2x kena denggi.. betul2 awal tahun dan hujung tahun.. tahun drakula sebab asyik kena sedut darah jer..first time kena dekat area kampung baru KL, menyebabkan diriku kelihatan kurus dan xbermaya (mgkin first time jadi body immunity habis habisan menyerang virus tersebut). Yg 2nd time dekat setia alam menyebabkan diriku menjadi zombi mencari makanan dan virus tu menggemukkan diri ini lepas dah baik huuu..  serious tau virus ni sonok beno menyerang... lepas kejadian tu bila bau fogging je aku akan jadi pening lalat... oh no adakah diriku menjadi sbhagian dari nyamuk.. tak2 gurau je B-) Simptom2 denggi yg common: -Demam mengejut (tiba2 n suhu tinggi beno) -Demam xkebah lebih 4 hari -Sakit kepala teramat -Hilang selera makan -Sakit perut -Muntah-muntah -Cirit birit -Bintik-bintik merah kat badan -Badan lemah xbermaya, hilang fokus Langkah2 penjagaan pesakit: -Banyak kan minum air mineral -Minum jus buah (tembikai, kiwi etc.), -air ke...

Sweet 26

 Bismillahirrahmanirrahim... Sejam lagi nak cukupkan aku 26 tahun.. terima kasih mak sebab lahirkan anak yang comel ni upss.. Semalam 3 rejab, genap arwah bapak meniggal dunia.. Dah setahun rupanya.. Rindu dekat bapak.. semoga diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya dan menjadi salah satu taman syurga buatnya. Semoga aku jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan untuknya.. Sememangnya Allah dah atur cantik segala apa yang terjadi.. Ternyata setiap ujian yang datang ada hikmahnya.. terkadang kita selalu menyalahkan sesuatu perkara, menuding jari ke arah orang lain, cepat melatah tatkala ujian tiba.. Aku la tu tak terkecuali.. Tapi bila kita pandang sudut positifnya, memang banyak hikmah tersembunyi yang menginsafkan. Ada masa yang aku xbapa sihat, aku rasa marah sangat dekat seseorang yang tak faham keadaan orang lain ni.. why people keep on bothering you when you feel sick.. emm, maybe some people need explanation to make them understand. Mereka tak faham apa yang kita r...

rapuhnya sang hati

Assalamualaikum pembuka bicara, Ceria senyum seindah suria, Teguhlah sang hati saat terluka, Pasti temui hikmah yg tak disangka-sangka :-) "It's good to be a nice person, it's good to make everyone else happy... but it's just that you must know your limit so that you won't hurt yourself..... and you won't hurt them in silence without realizing it" -usagi Ehh?? Entry kali ni pasal kekeliruan yg melanda muda mudi zaman sekarang ni.. yela kan sekarang ni budak2 sekolah sibuk la nak mencantikkan diri, ade jerewat tumbuh setoet dah malu tak nak pegi sekolah... malu ngan boypren katenye.. nak termuntah hakak dengo... aishhh out of topic pulak~ Nak cerita la kan bahawasanya hati perempuan ni lembut sangat, nampak la dia keras macam kayu, kuat macam incredible hulk sekali pun, bila nama pun perempuan of course hati nya selembut sutera... macam ibu anda.. jadi, para makhluk lelaki sekalian sila la ambil perhatian, jangan sesekali menyentuh hati seorang ...