Skip to main content

Kisahnya... Hati (1)


"Kak Iman, salah ke kalau kita jatuh cinta dengan seseorang?"
( senyum) "Dik, cinta itu fitrah, tak salah jika kita jatuh cinta, tapi yang menjadikannya salah adalah dengan bagaimana kita menguruskan perasaan cinta itu. Sama ada cinta itu disalurkan dengan ikatan yang sah yang mengikut syariat atau pun sekadar cinta yang membawa kepada maksiat dan penzinaan. Itu semua adik kena pilih betul-betul."
"Emm, macam mana pulak kalau kita jatuh cinta dalam diam? Perlu ke cakap kat orang tu yang kita suka dia?"
(Senyum) "Owh, adik ni cinta dalam diam ke?"
(Malu-malu) "Eh, kak Iman ni, saye saje je tanye.."

"Aku suke tengok Kak Iman ni, cool je... Macam orang yang tak de masalah pon.... Cam ne ea nak jadi macam dia ni... Baik, cantik, lembut je.. hah satu lagi pandai orang nye... Macam ala-ala perempuan Melayu terakhir... Idaman setiap lelaki di luar sana la katakan... hehe.. Tapi, dah ramai yang suka kat akak ni, satu pun dia tak terima... kenapa entah..." Berkata Iera dalam hati.

Ain Zinnirah atau selesa dipanggil Iera  merupakan seorang pelajar Tahun 2 di Universiti Putra Malaysia yang mengambil jurusan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa kedua.. "Haih aku ni, nak kate terror English tak juga, nak cakap pun terkial-kial, macam mana la aku ni boleh terpilih course ni pulak".. Membebel Iera seorang diri.. Masih lagi lagi tidak puas hati dengan pilihannya setelah setahun menjalani kos itu... Tetapi, setelah perkenalannya dengan seorang kakak di kolej tempat kediamannya, dia tidak lagi banyak merungut seperti sebelum ini.. Dahulu jika tidak puas hati dengan sesuatu perkara, Iera sering kali bersungut, menyalahkan orang di sekeliling dan suka merampuih (bak kata orang utara). Iman Aisyah, seorang kakak yang kelihatan tenang, sering membawa terjemahan Al-Qur'an di tangan nya. Sedikit demi sedikit, kata-kata hikmat daripada kakak ini telah mengubah sikap negatif Iera. Iera pun tak tahu, mengapa dia berasa selesa setiap kali ingin meluahkan masalah pasti kak Iman menjadi tempat luahan rasanya.Sudah menjadi kebiasaan bagi Iera untuk ke bilik Iman setiap kali hatinya merasa kosong. Bukan tiada rakan sebilik tetapi dia lebih selesa untuk bergaul dengan semua orang di kawasan blok Manggis itu terutama sekali dengan Iman.

"....Iera, kenape tengok akak macam tu? ada tahi lalat baru ke kat muka akak ni?..."
"Eh, sori kak, haha tak sedar termengelamun pulak..., Emmm ok la kak, Iera nak balik bilik dulu ada study group la malam ni... Next time Iera kacau akak lagi tau hehe.." Iera terus melangkah dengan soalan yang belum berjawab lagi.



                                                                            * * *

"Malas nye aku nak pegi study group malam ni... Dah la lepas hujan, sejuk pulak tu... Best nya kalau tidur je..."

"Ieraa!! Ooo Iera... Assalamualaikum"....

"Hah, dia dah mai dah, dah mai dah... Tu dia Mas, orang Penang sorang ni.. Kecoh mulut dia ni tapi dia la kawan baik aku yang paling baik hati hehe..."

"Ieraa, awatnya tak siap lagi ni? Dah pukoi bapa dah ni? Dok baring2 wat squad lentang dia pulak tu... Hahh, bangun- bangun! Marah En. Isyraf Haikal tu sat gi"...

 "Heee dah mula la tu kau ni dok membebel ja tau, lantak pi la kat mamat tu... Lambat sikit pon tak boleh ke..?"

"Hang jangan wat pasai ngan dia, sat ngan aku aku sekali yang kena"

"Kau ni pon apasal takut sangat ngan dia? Mentang-mentang dia ketua ingat aku takut ka ngan dia tu? Benci tau aku ngan orang bajet macam dia tu hishh.."

"Amboih hang,, marah nampak... hang jangan dok benci-benci, sat gi bertukaq jadi suka baru hang tau, cepat bangun!"

"Euwwww, tak payah la nak berangan aku suka kat dia.. Okay.. okay... aku bangun sekarang..... Cubit sikit pipi hang yang comey lote ni.. Haha, Mas... Mas... Daripada muka yang bengis terus jadi muke cam spongebob... Suka la tu.."

"Aku suka la.. hang kata aku comey.. hahaha!"

"Perasan pulak kawan aku sorang ni, menyesal aku kata kau comel"

"Ya la, sapa lagi nak kata aku comel selain hang.. huhuhu.. Weh, hang nak tau tak Iera, aku  mengantuk gila masuk kelas Dr. O tadi tau...2 jam straight pulak tu".

"Tau dah hang tu, tersengguk-sengguk, puas aku cubit tampiak banyak banyak kali hang bukan sediaq pon"

"Amboi... over sangat la hang ni.. tak dak la oghang utagha sebut sampai tampiak la sediak la... penampaq sat  gi haa"... (Dengan tangan yang hampir menuju ke pipi)



Comments

Popular posts from this blog

Aku dan denggi

Tahun lepas, 2015 2x kena denggi.. betul2 awal tahun dan hujung tahun.. tahun drakula sebab asyik kena sedut darah jer..first time kena dekat area kampung baru KL, menyebabkan diriku kelihatan kurus dan xbermaya (mgkin first time jadi body immunity habis habisan menyerang virus tersebut). Yg 2nd time dekat setia alam menyebabkan diriku menjadi zombi mencari makanan dan virus tu menggemukkan diri ini lepas dah baik huuu..  serious tau virus ni sonok beno menyerang... lepas kejadian tu bila bau fogging je aku akan jadi pening lalat... oh no adakah diriku menjadi sbhagian dari nyamuk.. tak2 gurau je B-) Simptom2 denggi yg common: -Demam mengejut (tiba2 n suhu tinggi beno) -Demam xkebah lebih 4 hari -Sakit kepala teramat -Hilang selera makan -Sakit perut -Muntah-muntah -Cirit birit -Bintik-bintik merah kat badan -Badan lemah xbermaya, hilang fokus Langkah2 penjagaan pesakit: -Banyak kan minum air mineral -Minum jus buah (tembikai, kiwi etc.), -air ke...

Sweet 26

 Bismillahirrahmanirrahim... Sejam lagi nak cukupkan aku 26 tahun.. terima kasih mak sebab lahirkan anak yang comel ni upss.. Semalam 3 rejab, genap arwah bapak meniggal dunia.. Dah setahun rupanya.. Rindu dekat bapak.. semoga diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya dan menjadi salah satu taman syurga buatnya. Semoga aku jadi anak solehah yang sentiasa mendoakan untuknya.. Sememangnya Allah dah atur cantik segala apa yang terjadi.. Ternyata setiap ujian yang datang ada hikmahnya.. terkadang kita selalu menyalahkan sesuatu perkara, menuding jari ke arah orang lain, cepat melatah tatkala ujian tiba.. Aku la tu tak terkecuali.. Tapi bila kita pandang sudut positifnya, memang banyak hikmah tersembunyi yang menginsafkan. Ada masa yang aku xbapa sihat, aku rasa marah sangat dekat seseorang yang tak faham keadaan orang lain ni.. why people keep on bothering you when you feel sick.. emm, maybe some people need explanation to make them understand. Mereka tak faham apa yang kita r...

rapuhnya sang hati

Assalamualaikum pembuka bicara, Ceria senyum seindah suria, Teguhlah sang hati saat terluka, Pasti temui hikmah yg tak disangka-sangka :-) "It's good to be a nice person, it's good to make everyone else happy... but it's just that you must know your limit so that you won't hurt yourself..... and you won't hurt them in silence without realizing it" -usagi Ehh?? Entry kali ni pasal kekeliruan yg melanda muda mudi zaman sekarang ni.. yela kan sekarang ni budak2 sekolah sibuk la nak mencantikkan diri, ade jerewat tumbuh setoet dah malu tak nak pegi sekolah... malu ngan boypren katenye.. nak termuntah hakak dengo... aishhh out of topic pulak~ Nak cerita la kan bahawasanya hati perempuan ni lembut sangat, nampak la dia keras macam kayu, kuat macam incredible hulk sekali pun, bila nama pun perempuan of course hati nya selembut sutera... macam ibu anda.. jadi, para makhluk lelaki sekalian sila la ambil perhatian, jangan sesekali menyentuh hati seorang ...